Tips Penjagaan Rahim Ketika Berpantang

Masa pregnant best sangatkan.. nak apa mintak ja mesti dapat.. tapi bila dah bersalin n dalam pantang.. hehehe jangan haraplah😂😉

Huhuhu... saat yang paling menyeksakan ... sebenarnya seronok pun ada jugak sebab orang layan kita macam princess kot. Makan minum semua orang jaga, tak yah buat kerja rumah rehatlah ngko 44 hari tu. 😆

Ada ibu-ibu muda yang tanya kenapa nak kena pantang sampai 44 hari?

Kira ok lah 44 hari tu, ada yang berpantang sampai 100 hari tau .. jangan tak percaya.

Sebabnya masa kita bersalin sebahagian besar dinding rahim menjadi luka.

Jadi penjagaan rahim sangat penting masa kita dalam pantang bagi mendapatkan semula rahim yang sihat dan kuat.

Jadinya, kalau mak tu larang angkat benda berat ke, larang makan yang pedas ke semua tu untuk kebaikan kita juga.. janganlah nak melawan sangat.

Dari segi penjagaan makanan seeloknya Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin bagi mempercepatkan proses pemulihan luka rahim dan pada saluran kemaluan.

Makanan atau minuman yang mengandungi triptofan, iaitu salah satu asid amino essential yang dapat merangsang pengeluaran serotonin, yang bersifat menenangkan saraf pun bagus. Contohnya nasi dan susu.. nak lagi berkhasiat ambik jer ESP.

Ada setengah orang tua tak benarkan anak yang sedang berpantang minum susu atau makanan yang berunsurkan kacang, takut badan masuk angin katanya.. tapi MIL akak siap sua air soya lagi masa pantang.😅

Semua pantang larang makanan ni mengikut keserasian badan juga sebenarnya.

Selain dari segi pemakanan, tahu tak kalau kita bagi bf (breast feeding) kat baby bukan ja memberi kebaikan untuk baby tapi juga untuk ibu.

Rahim kita akan mengecut dan kuncup dengan lebih cepat daripada biasa apabila baby menyusu. Ini kerana hormon oksitosin yang menggalakkan rahim mengecut dikeluarkan daripada kilang pituitari.

Hormon ni lah yang menyebabkan rahim menguncup. Biasanya dua minggu lepas bersalin, rahim yang besar dah tak rasa atas perut sebab ia dah tenggelam dalam rongga punggung walaupun saiznya masih besar lagi.

Jangan lupa juga untuk bertungku yea.

Dan menjawap soalan kenapa kena pantang sampai 44 hari kerana biasanya rahim akan pulih kepada saiz biasa dalam masa empat minggu selepas bersalin.

Lagi satu, seeloknya pantang makanan seperti jambu batu, laksa dan ais batu selama setahun.

Ikut pandangan orang tua-tua makanan ni dalam golongan makanan sejuk dan akan mengembangkan urat. Kalau tak dijaga akan mengundang sakit-sakit urat dan rasa sejuk bila dah berumur nanti.

Ada juga yang kata kalau minum ais dalam tempoh kurang 1 tahun boleh sebabkan perut jadi buncit.

Jadinya banyakkan bersabar.. dan jangan lupa lepas dah sihat buat pap smear yea.😉

          ~ Eja Abu Bakar~
            

Dapatkan konsultansi PERCUMA sebelum dan selepas pembelian produk dari akak @ 013-416 4992 (Eja Abu Bakar)

Comments

Popular Posts