IC jadi kad Touch n Go?

Hari ni alhamdulillah sempat jugak join kelas tour orlando yang dianjurkan oleh founder iReach iaitu master Z & Lyna Noh. Walaupun waktu sampai dah separuh jalan... disebabkan kesesakan lalulintas almaklum sajalah Isnin dah raya Aidiladha :) semua orang pun nak balik raya.

Selesai kelas, ambil gambar.. sembang-sembang, peluk cium pipi dan ambik aura master lyna .. mudah-mudahan tercapai matlamat bulan ni dapat sale yang cemerlang.

Tapii memang bestlah tour orlando ni..kalau buat kat taiping plak lepas ni mesti akak join lagi 😄.

Lepas tu akak bawakla anak-anak pusing-pusing Penang jap. Nak dijadikan cerita on the way balik ke Taiping boleh sesat pulak.

Tersalah jalan sampai jumpa tol nak ke Kulim. Tol pulak langsung tak de guna tiket semua Touch n Go. Ahh sudah, dah lah tak bawak kad Touch n Go.

Nak patah balik memang tak boleh.. nak tak nak terpaksa lah tebalkan muka

Akak :" Dik akak tak de kad Touch n Go ni macam mana yea? Ada jual ke?"

Tolgirl: "Kad tak jual kat sini kak."

Akak : " Abis macam mana ni dik?"

Tolgirl : "Tak pe, pakai jer IC akak"

Akak : " IC? Boleh ke dik?"

Tolgirl : "Boleh kak. "

Baru ku tahu rupanya boleh pakai IC untuk Touch n Go. 😅 Lepas ni tak yah pening kepala lah kalau hilang kad TnG ke kan.. pakai IC jer. Dengan syarat kena topup dulu la IC tu..

Comments

Popular Posts