Kau Inspirasiku

Nama penuh mu tidak aku ketahui,
Berapa umur mu juga tidak pernah disoal,

Biarpun baru dua kali kita bersua muka dan berbicara, tapi dapat aku rasakan yang kamu seorang yang tabah dan kuat.

Kamu lakukan apa saja demi melihat anak mu dapat menikmati keselesaan sebagaimana keluarga sempurna yang lain.

Semangat kamu menghadiri kelas, seminar atau apa saja demi mendapat ilmu mengembangkan perniagaan sangat memberi inspirasi buat aku.

Kita sama-sama saling membantu disaat kebuntuan idea dan membakar semangat yang hilang.

Aku mendoakan semoga kamu berjaya mencapai impian mu.
Doakan juga agar aku juga mampu mencapai impian aku.

Kamu Ida Afiqah .. iya kamu. Terima kasih kerana menjadi inspirasi buat aku.

Luv Eja Abu Bakar || 013-416 4992

Comments

Popular Posts