Aktiviti Percutian Di Pantai Teluk Senangin dan Pusat Perlindungan Penyu Segari
Setelah hampir 45 minit berada dalam kereta akhirnya sampai juga ke tempat pertama percutian akhir tahun ni..
Beach!! Yeay..Pantai Teluk Senangin. Jom kita bermandi-manda dulu release semua tekanan sepanjang tahun ni sambil picnik dengan nasi minyak dan gulai ayam yang akak masak awal pagi tadi 😄.
Pantai Teluk Senangin ni dulunya hanya perkampungan nelayan. Tapi, sekarang dah berbagai kemudahan disediakan. Termasuklah hotel dan chalet.
Jika inginkan percutian dengan katil yang empuk dan mewah bolehlah menetap di Swiss Garden Hotel Damai Laut.
Tapi kalau nak suasana tepi pantai dengan merasa tiupan angin laut dan bunyi ombak waktu malam dan diceriakan dengan aktiviti barbeque bersama famili bolehlah memilih chalet yang diusahakan oleh penduduk setempat.
Keadaan geografi pantai yang berteluk menjadikan pantai ini sesuai untuk bermandi-manda dengan ombak yang tidak terlalu besar.
Pantainya yang bersih dengan pasir putih dan di indahkan lagi dengan pohon fir dan ketapang sentiasa menjadi tumpuan sewaktu hari cuti bagi aktiviti berkelah dan bercamping.
Sebut pasal camping, dulu masa sekolah menengah pernahlah juga sekali akak bercamping di pantai ni selama 2 hari 1 malam mengikuti persatuan sekolah. Tapi bezanya, masa dulu keadaannya masih 'dara' 😊, penuh hutan lagi jauh sangat dengan keadaan sekarang.
Banyak kemudahan dah disediakan seperti tempat mandi, toilet, warung makan termasuklah surau untuk bersolat. Jalan pun dah cantik, malah pondok-pondok kecil juga dibina oleh penduduk untuk pengunjung dengan sewaan serendah Rm10 satu jam.
Bagi yang minat aktiviti memancing pun bolehlah bawa bersama set memancing. Banyak juga ikan yang boleh ditangkap seperti ikan senangin. Macam akak beli ikan dari nelayan jer..hehehe.
Tak jauh dari Pantai Teluk Senangin ada lagi satu tempat yang boleh dimasukkan dalam jadual percutian iaitu Pusat Perlindungan Penyu Segari.
Tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk masuk ke tempat Perlindungan Penyu Segari ni. Banyak juga penyu yang terdapat disini. Dari anak penyu sehinggalah ke penyu dewasa.
Bolehlah anak-anak kita kenal rupa sebenar penyu kan. Idaklah hanya berdasarkan gambar sahaja. Mereka pun boleh melihat dengan lebih dekat bagaimana penyu berenang.
Sepanjang cuti sekolah ni idaklah nak berjalan ajer ... iyealah anak-anak memang cuti tapii mak & ayah nya tak cuti.
Jadinya terpaksa lah memikirkan aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan bagi membantu mengembangkan lagi sel-sel otak anak-anak.
Memanglah Omega Guard boleh membantu perkembangan otak anak tapi kalau tak di asah dan gilap macam mana sel-sel tu nak bercantum kan.
Antara aktiviti yang dah rancang nak buat dengan anak-anak
⛳Diy big bubble
⛳Baking Cup cake n bread
⛳Art & craft
⛳Gardening
Dengan semua aktiviti ni boleh gak kan kaitkan pelajaran sains dan kreativiti .. sekarang kan semuanya kbat ( kemahiran berfikir aras tinggi)
Ni tengah duk pikir aktiviti untuk perkembangan matematik dan Bahasa Melayu pulak.
Kot ada kengkawan yang ada idea meh la share kat komen.
Your Pro SID
~ Eja Abu Bakar ~
013-416 4992
#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#thebestone
Comments
Post a Comment