Tips Mengurangkan Bengkak Susu Secara Semulajadi

Ramai pulak kawan akak yang beranak kecik tahun ni. Tetiba rasa rindu pulak saat-saat dengan baby. Baunya.. tangisannya dan bonding time antara mama dengan baby.

Antara pengalaman yang paling tak dapat dilupakan adalah waktu menyusukan baby. Terasa dekat sangat, hilang semua lelah saat mendakapnya dan merasa dengupan jantungnya.

Dalam pada itu ada satu pengalaman sewaktu menyusukan baby yang sangat bermakna. Untuk pertama kalinya akak merasa bengkak susu.

Keadaan bengkak susu biasanya berlaku bila gigi bayi sudah mula tumbuh. Si kecil kita sudah pandai menggigit ketika seisi penyusuan.

Kesannya, kita rasa 'seram' nak bagi si kecil menyusu dan pernah lah jugak terlintas untuk berhenti menyusukan si kecil gara-gara tak tahan sakit digigit baby.

Ada juga yang bagi pelbagai tips untuk mengurangkan bengkak susu seperti tekap tuala panas, mandi air panas dan yang paling tak boleh terima termasuklah "letak seluar dalam suami kat dada" 😂😂.

Salah satu kaedah rawatan yang terbaik untuk membantu mencegah bengkak susu adalah dengan memastikan baby menghisap susu dengan teknik yang betul.

TEKNIK MENGHISAP YANG TEPAT adalah dengan:

1.  Pastikan mulut baby merangkumi sebahagian besar kawasan aerola payudara.

2. Never ever .. biarkan baby menghisap pada bahagian hujung payudara. Silap-silap boleh luka pada bahagian puting.

3. Cuit bahagian bibir bawah baby dan dagunya supaya baby merasa geli. Dengan cara ni boleh membantu baby membuka mulut dengan lebih luas dan boleh menghisap dengan lebih baik.

4. Bertukar-tukar posisi penyusuan juga boleh membuatkan baby menghisap dengan lebih baik.

5. Rangkul seluruh badan baby ketika seisi penyusuan ataupun lakukan penyusuan dalam posisi berbaring mengiring. Rasanya cara begini lebih selesa untuk ibu dan anak kan.. hehehe.

Selain dari teknik menghisap yang betul, boleh juga gunakan uncang teh yang basah dan hangat pada payudara bagi mengurangkan rasa sakit yang dialami sebaik saja lepas menyusu.

Boleh juga gunakan towel basah yang hangat sebagai alternatif penggunaan uncang teh.

Tuamkan pada payudara sambil mengurut perlahan dari bahagian atas payudara sehingga ke hujung sewaktu menyusukan baby.

Lagi satu cara adalah dengan mengepam terlebih dahulu susu badan sebelum memberi baby menghisap secara terus. Dengan cara ini dapat membantu meningkatkan aliran susu dan memudahkan baby untuk menghisap.

Kaedah ini paling berkesan untuk mengurangkan rasa sakit pada payudara.

Suplemen Lecithin juga merupakan rawatan alternatif bagi masalah bengkak susu.

Lecithin sebagai fat emulsifier atau pemecah lemak dapat mengurangkan kepekatan susu ( yang mana susu badan terhasil daripada lemak) dan melancarkan semula aliran pengeluaran susu.

Antara Tip untuk elakkan bengkak susu adalah :

🍃Memilih coli penyusuan yang sesuai. Ini sangat penting bagi memastikan kita berada dalam keadaan yang selesa disamping membantu menyokong payudara kita.

🍃Kerapkan menyusu baby dan jika bekerja eloklah mengepam susu mengikut jadual yang sama setiap hari.

🍃Pastikan baby menghisap susu dengan betul

🍃Semasa baby sedang menyusu, ibu bolehlah mengurut payudara perlahan-lahan bagi melancarkan aliran susu ibu.

🍃Jika kesakitan masih tak juga berkurangan ada baiknya pergi berjumpa doktor.

Tapi ibu juga boleh memilih Lecithin sebagai alternatif bagi masalah bengkak susu selain pengambilan ubat yang mungkin memberi kesan kepada baby.

Pengambilan bersama B-complex juga sangat disarankan bagi melancarkan aliran susu badan.

Harapnya perkongsian ini dapatlah membantu para ibu di luar sana menghadapi situasi bengkak susu dengan lebih baik.

             Your trusted SID
            ~ Eja Abu Bakar~
        wasap @ 013-416 4992
  Untuk info lanjut dan order produk
  
   Penghantaran Seluruh Malaysia
       #pengedarshakleetaiping
                   #codtaiping

Comments

Popular Posts