Rahsia Disebalik Nama Shaklee

" What you think, you look

What you think, you do

What you think, you are"

SHAKLEE ..

Sebut jer shaklee orang terbayang botol vitamin.

Tapi, apa rahsia disebalik nama SHAKLEE ni sampai menjadi suplemen pilihan no 1 di US.

Nama Shaklee Corp. di ambil dari nama pengasas shaklee sendiri iaitu Dr. Forrest Shaklee.

Pilihannya untuk mempelajari bidang chiropractic atau rawatan alternatif berkait rapat dengan sejarah hidupnya yang dahulunya semenjak lahir telah mengalami penyakit tuberculosis ( batuk kering) tapi telah sembuh apabila keluarganya mengambil keputusan untuk berpindah dari kawasan arang batu ke kawasan yang mempunyai persekitaran udara bersih dan segar serta penjagaan diet yang dititik beratkan oleh ibunya dengan mengelakkan penggunaan tepung putih yg diproses , gula dan garam yang berlebihan.

"Saya tidak memperkecilkan kebolehan seorang doktor tetapi bidang doktor dan bidang saya adalah jauh berbeza. Doktor dilatih untuk menyembuhkan penyakit tetapi saya lebih berminat untuk membina kesihatan"

Beliau yang dilahirkan pada 27 Nov, 1894 merupakan anak kedua dari 3 adik-beradik.

  Pada 1915, Premis Chiropratic Pertama Dr Shaklee telah
dibuka dan pada waktu yang sama keinginannya untuk mengkaji tentang nutrisi menjadi membuak-buak sehingga beliau berjaya membuat penemuan VITAMIN pertama di dunia iaitu 'Vitalized minerals"  melalui pengasingan mineral dan sebatian semulajadi dari sayur-sayuran.

Diusianya 24 tahun, klinik Dr Shaklee telah menjadi salah satu klinik yang lengkap dengan perkhidmatan chiropractic, osteopaths, internist, doktor perubatan dan dilengkapi dengan kelengkapan pembedahan.

Dr Shaklee mula membotolkan dan mengedarkan formulasi makanan tambahan beliau, untuk kliniknya di Mason City pada tahun 1924 bagi pesakit yang mengalami masalah kekurangan nutrisi.

Pada tahun 1928, beliau telah berjaya membangunkan satu kaedah pemakanan pertama pada zaman tersebut dan menyarankan agar semua pesakit beliau mengikuti kaedah pemakanan tersebut.

Kaedah pemakanan yang dibangunkan adalah hampir serupa dengan piramid makanan yang kita ada pada ketika ini yang menekankan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat dan mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan bergula.

Pada 1 April 1956, dengan bermodalkan $6,000 dari kedua-dua anaknya dan dirinya sendiri terbinalah Shaklee Corp. Sebuah Syarikat nutrisi dengan produk keluaran pertamanya iaitu Pro-Lecin ( Gabungan antara Protein dan Lecithin)

Syarikat yg ditubuhkan telah mencatatkan jualan $100,000 pada tahun pertamanya dan semakin berkembang maju dengan Dr.Shaklee sebagai chairman Emiritieus dalam Shaklee Corp. Sehingga beliau meninggal pada usia 91 tahun.

Begitulah serba sedikit rahsia disebalik nama dan tertubuhnya SHAKLEE Corp. Semuanya kerana  keyakinan kepada kuasa alam semulajadi yang mampu memberikan kesihatan dan kehidupan yang lebih baik dengan prinsip:

"Living in Harmony With Nature"

Sejarah pulak kita hari ni yea.😁😁

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#TheBestOne
#pengedarshakleetaiping
#sejarah

Comments

Popular Posts